Skip to main content ↑ ↓
Recent Posts
11
Ilmu & Nasihat / Persoalan Syahadah
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Sambil duduk makan beramai2 selepas ceramah Maulidur Rasul beberapa minggu lepas, saya berbual2 dengan seorang sahabat karib daripada UIA. Beliau yang amat saya hormati adalah rakan sebilik dengan saya selama dua tahun lebih.

Beliau memang sengaja datang untuk bersama2 meraikan Maulidur Rasul di tempat itu dan telah meminta saya peta dan cara untuk datang ke situ.

Seorang yang sangat budiman dan berbudi pekerti tinggi selain zuhud, suka merendah diri dan tawadhuk. Jika tidak silap saya, beliau berketurunan Tokku Paloh.

Daripada beliau, saya tertarik untuk mengenali ilmu Silat Seni Gayong secara lebih mendalam dan atas dorongan dan sokongannya juga saya dapat maju dalam ilmu persilatan itu. Bahkan saya juga dapat menguasai ilmu permainan pedang yang disusun dan diatur oleh beliau.

Pencapaian saya amatlah biasa tetapi saya sangat suka bersamanya apabila ada kesempatan dan peluang kerana beliau antara sedikit kelompok insan yang saya boleh berbual mengenai ilmu, kefahaman dan amalan agama tanpa ada merasa janggal dan kekok.

Sambil berbual2 tiba ada insan yang agak pelik tertarik perhatian kepada kami. Memang kadang2 kita berjumpa dengan manusia yang kita rasa pelik sebegini, bertanya soalan2 pelik seperti apa yang berlaku kepada saya semasa saya makan sambil berbual2 dengan sahabat saya.

Barangkali insan tersebut terdengar perbualan kami setelah seorang sahabat yang turut ada bersama, tuan Jaiya Abu, memperkenalkan kami kepada beberapa orang kenalannya yang lain yang datang ke meja kami.

Sebaik mengetahui saya bekas pelajar UIA yang mengambil jurusan undang2 dan shariah, beliau membuat pernyataan dan bertanya soalan. Soalnya, "Untuk menjadi saksi kita perlu melihat, jadi, kalau kita bersyahadah, tapi kita tidak melihat Allah SWT, bagaimana?"

Soalan sebegini bukan tidak boleh terus dijawab, tetapi harus melihat kepada orang yang bertanya, sesuai atau tidak diberikan jawapan terus atau sebaliknya secara kinayah atau kiasan sahaja. Kadang2 kita perlu membuatkan yang bertanya berfikir semula.

Bersungguh2 dia mengulang2 tanya, sehinggalah akhir saya memutuskan untuk menggunakan kaedah kiasan sahaja. Lalu saya ingatkan beliau akan kisah Nabi Musa AS yang bersungguh2 hendak melihat zat Allah SWT tetapi gagal kerana tidak layak bagi beliau untuk melihatNya secara berdepan.

Insan tersebut kelihatan tidak berpuashati, dan cuba menginterpretasikan ayat tersebut. Saya sekadar mendengar dan membiarkan, sambil sekala-sekala menyambung perbualan dengan sahabat karib saya dan rakan2 lain.

Kemudian beliau mengulangi bertanya lagi tentang kedudukan syahadah tersebut sama ada sah atau tidak. Saya bawakan pula hadith Islam, Iman dan Ihsan dan menyebut apa yang Nabi sebut tentang Ihsan yakni beribadah seperti melihat Allah SWT tetapi sekiranya kita tidak dapat melihat Allah SWT, sentiasa sedar dan yakin bahawa Allah SWT itu melihat kita.

Perbualan berakhir di situ apabila dia mengundur diri dalam keadaan masih tidak berpuashati. Mungkin cara saya menjawab agak acuh tidak acuh sahaja. Mungkin.

Tetapi selain jawapan2 di atas ada jawapan lain yang disebutkan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud, "Tiada penglihatan mata yang mampu melihat Allah SWT, tetapi Allah SWT Maha Mengetahui setiap mata yang melihat, kerana Allah SWT itu adalah Maha Halus dan Maha Mengetahui."

Seperkara lagi, ayat2 Allah yang menjadi bukti2 dan tanda2 kewujudan, kebesaran dan kekuasaan Allah SWT itu bukan sekadar dalam Al-Quran sahaja, kerana ia termasuk kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, bulan, bintang dan matahari, kepelbagaian makhluk, perbezaan bangsa dan sifat manusia dsb.

Sekiranya kita ikhlas mengenali Allah SWT, kita sentiasa sedar dan merasai kewujudan Allah SWT melalui2 ayat2nya yang begitu banyak dan meluas. Ini termasuklah qadak dan qadar yang telah ditetapkan dan dilaksanakanNya buat kita dan sekelian alam.

Beberapa para Nabi ASWS juga begitu diberi hidayah oleh Allah SWT melalui jalan hidayah "ayat2"Nya yang meluas dan pelbagai sehingga mereka beriman kepada Allah SWT dan diangkat menjadi Nabi.

Penyaksian awal memang biasanya agak lemah terutama apabila kita mewarisi Islam dan bukan memeluknya dengan ilmu. Sebaliknya, dengan adanya ilmu, penyaksian kita menjadi lebih baik dan sempurna apabila kita menjadi lebih baik dan konsisten dalam beramal ibadah dan beramal soleh.

Beramal kerana kita sedar kita ini hanyalah sekadar seorang yang faqir, tercela lagi serendah2 hamba kepada Allah SWT. Inilah kesedaran kita yang perlu sentiasa ada dalam jiwa supaya hidup kita menjadi ibadah yang lebih bermakna.

Barangkali yang lebih arif dengan Allah lebih mengetahui cara dan kaedah terbaik menjawab soalan pelik begitu. Pun begitu, alhamdulillah, saya bersyukur masih lagi dihidupkan dalam keadaan beriman kepada Allah SWT.

Semoga Allah menambahkan lagi ilmu dan kefahaman kita semua sehingga kita mampu menjadi bertambah kuat dan istiqomah dalam beramal ibadah mendekatkan diri kepadaNya yang Maha Esa.

Allahumma yassir, wa la tu'assir, wa tammim bilkhair. Amin.

Allahu a'lam.

Nota: Maaf kerana saya suka menulis panjang. Semoga ada menfaatnya.
12
Ilmu & Nasihat / Bersalaman Dengan Bukan Muhrim
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Membaca berita ini, fikiran saya melayang2 ke sekitar tahun 1999 @ 2000. Saya tak pasti sama ada saya masih pelatih dalam kamar (chambering) atau baru menjadi peguam pada ketika itu.

Yang pastinya, pada masa itu ofis saya berada di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur di blok bangunan terakhir sebelum simpang Jalan Raja Chulan ke Bukit Bintang (sebelum menara Maybank).

Petang itu kami sepejabat dijemput menghadiri pejabat firma guaman yang berjiran dengan kami. Meraikan seorang peguam wanita senior yang bakal menjadi ahli politik besar, kata mereka.

Petang itu, seperti dijanjikan, beliau hadir. Kami pun bergegas ke pejabat jiran kami dan masing2 mengucapkan tahniah sambil berjabat tangan.

Saya dengan selamba hanya mengucapkan tahniah sambil menundukkan sedikit kepala sahaja sebagai tanda hormat. Mungkin iman saya tengah kuat masa tu. :)

Situasi itu terasa janggal bagi peguam wanita tersebut dan riak wajahnya terlihat dikawal dengan segera.

Kemudian, beliau bertanya, "Graduate UIA ya?" Saya hanya mengangguk sahaja. "Saya pun belajar di UIA," katanya lagi. "Puan graduate UIA jugak ker?" spontan saya bertanya.

"Eh bukanlah. Saya masih belajar di situ. Diploma Shariah In Legal Practise. Dah lama daftar tapi masih tak sempat nak ikuti kelas. Sibuk sangat."

"Dah berapa lama puan?" saya menyambung soalan. "Dalam empat tahun dah," jawabnya lagi. "Ho..," jawab saya acuh tak acuh.

"Nak tanya sikit kenapa tak bersalam? Saya ni dah berumur. Pangkat makcik jer ni. Tak apakan kalau bersalam dengan saya? Lagipun awak ni muda dan saya anggap macam anak2 saya jer," tiba2 dia menunjukkan skil guaman dan politiknya.

Terkasima saya sekejap. Saya ingatkan 'dah selesai isu salam menyalam tu tadi. Saya hanya tersengih sahaja.

Saya diselamatkan oleh beberapa orang yang mencuit dan menarik perhatian beliau untuk berbual. Mungkin ada lagi beberapa peguam yang masih belum bertegur sama dan beramah mesra dengannya.

Dan saya cepat2 keluar melarikan diri balik ke ofis. Selamatkan diri. Hihihi. ;)

Beliau pernah merasmikan program Rakan Muda Wajadiri di UIA yang manasaya sendiri ada terlibat secara tidak langsung. Beliau perlahan2 naik dan akhirnya pernah menjawat jawatan Menteri.

Tetapi akhirnya, oleh kerana projek fidlot nasional yang diamanahkan kepada keluarga beliau telah mengalami kegagalan dan rakyat bangkit mempersoalkan isu ini, beliau akhirnya mengundur diri daripada jawatan Menteri tersebut.

Kita semua tahu hukumnya, cuma berapa kuatkah iman kita untuk mengelakkannya atas dasar taqwa kepada Allah dan bukannya kepada makhluk.

Sekiranya ada di antara kita yang terlanjur hatta sekadar bersalaman dengan bukan muhrim, maka wajiblah beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT.

Iman itu juga boleh jadi bertambah dan berkurang kekuatannya. Justeru kita perlu menambaik ilmu dan amal serta memperkasakan keduanya bagi kelangsungan kekuatan iman.

Yang paling penting, binalah keikhlasan dan ketaqwaaan kepada Allah SWT.

Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala alihi, wa sohbihi, wa barik, wa sallim.

Allahu a'lam.

Peringatan: Menfaatkan baki hari Jumaat kita dengan memperbanyakkan amal soleh.
13
Ilmu & Nasihat / Viral Malam Jumaat
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Hari ini sangat popular dengan pos2 yang menggunakan nama malam hari esok.

Awasi pos2 sendiri walaupun sekadar bersama2 kawan2 rapat di whatsapp dan telegram.

Pos gambar2 wanita yang seksi, tidak menutup aurat dengan sempurna atau yang bertabarruj adalah haram dan menjadi "sunnah" yang buruk.

Maksudnya mereka yang sebarkan akan dapat dosa daripada pos mereka sendiri dan jika pos itu terus diviralkan.

Na'uzu billahi min zalik. Semoga kita berhenti dan terhindar daripada perbuatan buruk seperti ini.

Ya Allah! Ampunkanlah dan kasihanilah kami, kedua ibubapa, guru2, ahli keluarga, sahabat handai dan seluruh umat Muhammad  SAW.

Ya Allah! Tetapkanlah hati2 kami dan bantulah kami pada agamaMu, mengingatiMu, mensyukuriMu, menta'atiMu dan menambaik baik amal ibadah kami buatMu.

Selawat, salam dan berkat yang berpanjangan selama2nya buat RasulMu, ahli keluarga Baginda, para sahabat dan yang mengikuti jejak langkah sehingga ke hari pembalasan.

Segala bagi Allah, tuhan sekelian 'alam.
14
Jom Bersembang / Jom bersembang di sini
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Salam.

Saya nak ajak semua adik2 dan abang2 bersembang di sini. Tak perlu dibuang grup2 chat yang menggunakan fb atau whatsapp atau telegram. Tapi diharap agar aplikasi ini boleh dijadikan salah satu wadah selain yang biasa kita gunakan. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati kita semua.

Salam.
15
Perjumpaan Alumni / [SKDA 1986] Sesi Kopitiam @ CapTeh 14.12.12
Last post by Penyampai Berita -
Saudara Hisham Yusop mencadangkan satu perjumpaan pada 14 Disember 2012 yang diberi nama "Sesi Kopitiam @ CapTeh Bersama Geng SKDA Hujung Tahun 2012".

Tempat yang dicadangkan ialah kawasan makan di Bangi iaitu selepas exit tol Kajang menghala ke Bangi. (Kalau tak silap Esso & SOHO ada di sebelah kiri berdekatan lampu trafik pertama selepas jejambat exit tol Kajang ke Bangi ni).

Aktiviti ini bakal dijalankan secara santai. Justeru, semua (bekas pelajar lelaki dan perempuan SKDA) dijemput hadir bersama keluarga untuk aktiviti yang akan dijalankan secara santai ini.
16
Berita & Pengumuman / [SKDA 1986] Walimatul Urus
Last post by Penyampai Berita -
Tuan Tabib Rafdi Tabib Yahya dalam Grup FB SKDA 1986 menjemput semua ahli grup tersebut ke kenduri kahwin adiknya Junaidah binti Yahya dan pasangannya Muhammad Syafiq bin Ismail.

Majlis perkahwinan akan berlangsung pada 2/12/2012 di rumah No. 1087, Jalan Jati 5/1, Taman Desa Permai, Repah, Tampin, Negeri Sembilan.

Kedatangan semua exSKDA 1986 sangat dialu-alukan bagi menyerikan lagi majlis mereka.
17
Berita & Pengumuman / Alhamdulillah
Last post by Ahmad Rasyid Ismail -
Salam,

Alhamdulillah, Forum Alumni Maahad Ahmadi Negeri Sembilan telah siap dibina. Saya mewakili pentadbir forum mengucapkan Selamat Datang kepada semua atau  Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum. Semoga forum ini mampu membina ukhuwah dan mengeratkan hubungan sesama kita semua bekas pelajar atau guru Maahad Ahmadi Negeri Sembilan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang ada iman itu bersaudara sesama mereka, maka oleh itu, hendaklah kami memperbaikkan hubungan sesama saudara-saudara kau yang ada iman itu." Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang tidak mahu atau memutuskan berhubungan dengan saudara-saudara Islam mereka." seharusnya memperkuatkan lagi azam dan semangat kita untuk terus menerus memperkukuhkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Terima kasih kerana memberikan sokongan buat forum ini. Semoga usaha kecil ini ada manfaatnya.

Wassalam.

Untuk & bagi pihak
Alumni MANS